Thursday, February 13, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 mengaku seludup barang tegahan kena denda

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Nov – Seorang wanita yang berdepan tuduhan memiliki 48 paket rokok seludup, dikenakan denda $2,940 oleh Mahkamah Majistret, semalam.

    Hasmahwati binti Haji Lakat, 38, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid. Gagal membayar denda, akan menyebabkan defendan menjalani hukuman empat bulan penjara.

    Dia didapati memiliki rokok tanpa permit itu di dalam keretanya dalam dua kejadian berasingan pada 4 April 2012 dan pada 12 Oktober 2017 ketika pemeriksaan dijalankan di Pos Kawalan Kuala Lurah.

    Dalam bilik mahkamah sama, Mohammad Ihsanuddin bin Mohd Nor dan Mohd Nurul Hidayah bin Awang Ahmad turut dikenakan denda $1,400 setiap seorang apabila mengaku bersalah memiliki 18 paket rokok dan sebotol minuman keras.

    Mereka didapati membawa masuk barang tegahan tersebut tanpa membayar cukai, ketika pemeriksaan dijalankan di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 30 September 2017.Majistret Dewi Norlelawati memerintahkan kedua-dua defendan untuk dipenjarakan selama tiga bulan, jika gagal membayar denda itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda