Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    3 pegawai KHEU berlepas ke Jordan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Bagi mengukuhkan serta mengembang luaskan hubungan kerjasama dan sokongan inisiatif yang sedia ada, tiga orang pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah berlepas meninggalkan negara bagi lawatan kerja dan muzakarah ke kerajaan Hasyimiah Jordan selama tiga hari bermula esok dan seterusnya ke Kesultanan Oman selama enam hari dari 13 hingga 18 Jun.

    Delegasi terdiri daripada dua orang pegawai dari Unit Program Ta’zeez Al-Lughah Al-‘Arabiah Bil Madaris Al-‘Arabiah (Unit Program Pemerkasaan Bahasa Arab di Sekolah-sekolah Arab) iaitu Dr Hajah Norasimah binti Haji Latip selaku ketua rombongan dan Dayang Siti Norhafizah binti Haji Salleh.

    Manakala itu, seorang lagi adalah pegawai dari Jabatan Pengajian Islam iaitu Ketua Bahagian Sekolah Arab, Pengiran Mohamad Aminuddin bin Pengiran Haji Hussin.

    Semasa berada di Kerajaan Hasyimiah Jordan, delegasi akan mengadakan lawatan kerja dan muzakarah di empat buah pusat serta institusi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.

    Di Kesultanan Oman, delegasi akan membuat lawatan kerja dan muzakarah ke Kementerian Hal Ehwal Pendidikan Kesultanan Oman dan beberapa buah institusi pengajian tinggi serta pusat pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.

    Pegawai-pegawai KHEU bergambar ramai sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...