Tuesday, January 14, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 pelajar Maktab Sains sertai pertandingan STEM di Singapura

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MEI – Tiga orang pelajar di peringkat pra-universiti dan seorang guru pengawas dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (Maktab Sains), hari ini, telah berlepas meninggalkan Negara Brunei Darussalam bagi menyertai Pertandingan Singapore International STEM Innovation Challenge (SISTEMIC) yang akan bermula esok hingga 29 Mei di Republik Singapura.

    Rombongan yang diselaraskan oleh Kementerian Pen-didikan melalui Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Pusat STEP) itu terdiri daripada Awang Mohammad Daniel bin Husny, Awangku Mohammad Raihaan Zeyad bin Pengiran Haji Mohammad Amirul Sarni dan Awangku Muhammad Eljaz Mateen bin Pengiran Muhammad Khairul Nizam, bersama seorang guru pengawas dari maktab berkenaan, Awang Mohammad Raymie bin Haji Othman.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, pertandingan bertemakan Designing a Sustainable Tomorrow berkenaan dianjurkan bersama oleh Kementerian Pendidikan Singapura dan National Junior College Singapore.

    Ia dibukakan kepada golongan pelajar yang berumur 15 hingga 18 tahun yang berbakat dalam sains dan inovasi di mana terdapat dua jenis aktiviti pertandingan iaitu STEM Innovation Challenge dan Design and Build Challenge.

    Dalam pertandingan STEM Innovation Challenge, para pelajar perlu mereka bentuk prototaip untuk menyelesaikan cabaran tertentu.

    Manakala itu, dalam pertandingan Design and Build Challenge, mereka akan dibahagikan secara kumpulan bersama pelajar-pelajar ASEAN yang lain untuk membolehkan mereka menyelesaikan cabaran yang dipertandingkan.

    Di samping itu, guru penyelia juga akan mengambil bahagian dalam Educators’ Symposium yang merangkumi Applied Learning Expo, bengkel amali dan learning journey dalam meneroka Authentic Learning in STEM dan hubungannya dengan pendidikan yang lestari.

    Gambar ramai tiga pelajar dan seorang guru pengawas sebelum berlepas ke Singapura bagi menyertai Pertandingan SISTEMIC. – Gambar serahan Kementerian Pendidikan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda