BANGKOK, 28 JULAI – Sekurang-kurangnya tiga pelajar Myanmar terbunuh dalam serbuan tentera awal pagi di barat laut negara itu, kata kesatuan pelajar hari ini.
Junta negara itu telah melancarkan keganasan membawa maut ke atas penentangnya sejak tentera menggulingkan kerajaan awam Aung San Suu Kyi dalam rampasan kuasa Februari 2021.
Junta menghadapi tentangan daripada militia anti-rampasan kuasa ‘Pasukan Pertahanan Rakyat’ dan tentera pemberontak etnik yang telah lama ditubuhkan.
Persekutuan Kesatuan Pelajar All-Burma, dalam catatan Facebook berkata bahawa pelajar-pelajar berkenaan terbunuh dalam serbuan hari ini ke atas sebuah pejabat di mana aktivis-aktiviti berkenaan tinggal di perbandaran Budalin, wilayah Sagaing.
Kesatuan pelajar itu minggu lalu menyiarkan gambar-gambar di media sosial menunjukkan aktivis-aktivis pelajar membantah junta dengan sepanduk dan bendera. – AFP