Sunday, July 7, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    3 pelanggan BIBD menang perabot ruang tamu

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JAN – Tiga orang pelanggan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) kelmarin membawa pulang hadiah menarik dalam cabutan bulanan kedua Kempen Home Financing.

    Para pemenang ialah Awang Mohammad Khairi bin Haji Jamaludin, Awang Bandyaisa bin Rahman dan Dayang Amal Hayati binti Mohin, masing-masing memenangi perabot ruang tamu bernilai sehingga $10,000 secara kolektif.

    Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Pusat Pembiayaan Rumah di BIBD Cawa-ngan Kiulap dan disempurnakan oleh Ketua Agensi Hartanah BIBD (REA), Hajah Suhana binti Haji Suaji.

    Menurut kenyataan BIBD, cabutan seterusnya akan diadakan pada bulan depan, di mana tiga lagi pemenang bertuah akan memenangi perabot bilik tidur juga bernilai sehingga $10,000 secara kolektif.

    Selain itu, 15 orang pelanggan pertama yang membuat permohonan pembiayaan rumah yang berjaya juga akan diberikan ganjaran baucar pembersihan rumah bernilai sehingga $388.

    Kempen berkenaan telah berjalan dari 15 Oktober 2023 dan akan berakhir pada lewat bulan ini.

    Ia bertujuan untuk menjadikan impian pemilikan rumah menjadi kenyataan bagi rakyat Brunei dengan ketersediaan produk pembiayaan rumah BIBD yang menarik di samping memberikan ganjaran pelanggan atas sokongan mereka.

    Untuk melayakkan diri, pelanggan perlu memohon produk Pembiayaan Rumah BIBD dengan tempoh minimum 10 tahun dan jumlah pembiayaan minimum.

    Kempen juga bertujuan untuk menggalakkan rakyat Brunei, terutamanya golongan profesional muda untuk melabur dalam pemilikan rumah seawal mungkin kerana ia boleh menjadi pelaburan strategik yang selaras dengan rancangan persaraan mereka.

    Hajah Suhana bergambar ramai bersama para pemenang cabutan bulanan kedua Kempen Home Financing BIBD. – GAMBAR SERAHAN BIBD

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...