Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun – Tiga orang pelanggan Rizqun Coffee House, semalam, telah menerima hadiah menarik dalam cabutan bertuah mingguan sempena Promosi Sungkai Ramadan restoran berkenaan.
Dalam cabutan tersebut, Dayang Dura telah memenangi hadiah pertama dan membawa pulang baucar penginapan selama dua hari di bilik Deluxe termasuk sarapan pagi untuk dua orang.
Manakala hadiah kedua berupa baucar makan malam bufet untuk dua orang di Rizqun Coffee House telah dimenangi oleh Oeti Sahta dan Hajah Sainah Saut pula menerima baucar minum petang untuk dua orang di tempat yang sama.
Cabutan dibuat oleh para pelanggan yang berada di Coffee House selepas berbuka puasa.
Cabutan utama iaitu cabutan akhir untuk memenangi tiket penerbangan umrah untuk dua orang akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri, di mana pemenang mingguan secara tidak langsung berpeluang sekali lagi untuk memenangi hadiah berkenaan.
