Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Syarikat Tyremart hari ini mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada tiga pemenang Kempen Cabutan Bertuah Lakastah yang berlangsung di cawangan Gadong.
On Swee Long memenangi hadiah pertama berupa pakej Internet rumah bernilai $500, Dayang Yati binti Haji Mohd Yussof pula baucar tyremart bernilai $500 selaku pemenang kedua dan di tempat ketiga, Dayang Siti Noor Waridah binti Haji Jumat membawa pulang Nintendo Switch OLED terbaharu.
Hadir menyampaikan hadiah-hadiah berkenaan ialah Pengurus Cawangan Tyremart, Wong dan Pengurus Jualan, Annie.
Kempen berkenaan mula diadakan pada Disember 2021 hingga Februari 2022 dan mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan tetap dan baharu.
Tyremart juga mengadakan kempen Pirelli Istimewa Ramadan di mana pelanggan berpeluang memenangi hadiah utama bernilai $1,688.
