Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    3 pelanggan Tyremart menang pakej percutian

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Tiga pelanggan yang membeli tayar Pirelli dari pengedarnya, Tyremart sempena kempen cabutan bertuah Pirelli yang diadakan pada September hingga Disember 2023 telah menerima hadiah masing-masing di majlis yang diadakan di cawangan Tyremart Sengkurong, hari ini.

    Menurut kenyataan, hadir pada majlis penyampaian hadiah bagi ketiga-tiga pemenang tersebut ialah Pengurus Jualan dan Perkhidmatan Tyremart, Guma.

    Ketiga-tiga pemenang iaitu Anthony Castillo menerima hadiah utama iaitu pakej pelancongan bernilai $1,388, manakala hadiah kedua pakej pelancongan bernilai $888 menjadi milik Kianna Rahman dan hadiah ketiga iaitu penginapan di Hotel Empire dimenangi oleh Dayang Siti Nur’Arifah.

    Gambar ramai para pemenang bertuah Tyremart. – Gambar serahan Tyremart
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...