Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI – Dayang Wiwi, Hajah Hafiqah binti Haji Suhut dan Malai Hazim masing-masing memenangi baucar penginapan dua hari satu malam di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong selepas terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah Promosi Sungkai Ramadan Rizqun Coffee House, hari ini.
Cabutan telah dibuat oleh para pelanggan semasa berbuka puasa di restoran tersebut.
Ini merupakan hari terakhir promosi Rizqun Coffee House yang berjalan sepanjang Ramadan dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.