Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    3 pengadil wanita dilantik untuk piala dunia

    ANKARA, 20 MEI – Jawatankuasa Pengadil FIFA kelmarin mengumumkan pelantikan tiga pengadil wanita buat pertama kalinya sebagai pegawai perlawanan pada Piala Dunia 2022 di Qatar.

    Stephanie Frappart dari Perancis, Salima Mukansanga dari Rwanda, dan Yoshimi Yamashita dari Jepun dipilih sebagai pengadil perlawanan bola sepak lelaki, lapor Agensi Anadolu.

    Sementara itu, Neuza Back dari Brazil, Karen Diaz Medina dari Mexico, dan Kathryn Nesbitt dari Amerika Syarikat dilantik sebagai pembantu pengadil dalam senarai pegawai perlawanan yang dikeluarkan.

    “Seperti biasa, kami mengutamakan kualiti dan pegawai perlawanan yang dipilih mewakili peringkat tertinggi pengadil di seluruh dunia,” kata pengerusi jawatankuasa dan bekas pengadil Itali Pierluigi Collina. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...