Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 polis maut di Gaza

    BANDAR GAZA, 28 OGOS – Hamas berkata bahawa dua pengeboman telah mengorbankan tiga orang anggota polis di Semenanjung Gaza, yang mana menurut para saksi ia adalah serangan berani mati ketika enklaf Palestin itu kini dalam keadaan berwaspada.

    Para saksi memberitahu AFP bahawa kedua-dua pengeboman itu adalah serangan berani mati oleh para penyerang yang menunggang motosikal, tetapi masih belum ada pengesahan rasmi mengenainya.

    Satu sumber yang dekat dengan siasatan berkata pergerakan Salafi, yang bersimpati dengan Kumpulan IS, di Gaza, disyaki bertanggungjawab.

    Kementerian Dalam Hamas mengesahkan tiga kematian, tetapi hanya berkata ada dua ‘pengeboman’ di Bandar Gaza tanpa memberikan butiran lanjut.

    Ia dikatakan dua daripada anggota polis itu berusia 32 tahun dan seorang lagi berusia 45 tahun.

    Dua pusat pemeriksaan polis menjadi sasaran, jelasnya. Satu penyiasatan kini dijalankan ketika pihak berkuasa berikrar untuk mengesan dalang pengeboman.

    Pemimpin Hamas, Ismail Haniya memberikan jaminan untuk menenangkan penduduk Palestin di enklaf tersebut.

    “Kami memberikan jaminan kepada penduduk bahawa apa sahaja letupan berlaku, ia akan dikawal sebaiknya sama seperti sebelum ini, dan ia tidak akan menjejaskan kestabilan dan ketabahan kita,” katanya dalam satu kenyataan.

    Pengeboman berani mati adalah sesuatu yang jarang terjadi di Semenanjung Gaza. – AFP

    Penduduk Palestin melihat keadaan kereta yang rosak teruk selepas terjadinya satu letupan berdekatan pusat pemeriksaan polis di Bandar Gaza. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda