Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 premis perniagaan gagal patuhi akta

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Tiga buah premis perniagaan telah didapati gagal mematuhi Akta Kawalan Harga, Penggal 142 serta Akta Sukatan dan Timbangan 1983, Penggal 151 semasa pemeriksaan bersepadu bulanan yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) bersama Unit Sukatan dan Timbangan (SDT), Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi, di premis-premis perniagaan di Daerah Tutong, baru-baru ini.

    JPES melalui Jabatan Hal Ehwal Pengguna telah mengeluarkan satu Notis Amaran di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142 kepada sebuah syarikat kerana tidak mempamerkan tanda harga bagi beberapa barangan yang dijual di dalam premis perniagaan.

    Sementara itu, pihak Unit SDT mendapati sebanyak 19 unit alat sukat dan timbang yang digunakan bagi tujuan perdagangan mematuhi akta dan peraturan sukatan dan timbangan.

    Namun demikian, tiga buah syarikat dikeluarkan Notis Peringatan atas kesalahan tidak mempamerkan tanda berat ke atas barang-barang berbungkus selaras dengan Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151, Ceraian 7 hingga 9.

    Pihak pengurusan dan pekerja-pekerja pembungkus telah diarahkan untuk meletakkan tanda berat ke atas barang-barang berbungkus dengan serta merta dan para pegawai Unit SDT turut memberikan tunjuk ajar tatacara membungkus dan menimbang dengan betul.

    Pemeriksaan bersepadu bulanan merupakan aktiviti penguatkuasaan kedua-dua akta berkenaan dalam usaha bagi memastikan amalan perniagaan yang beretika dan boleh menyumbang kepada mewujudkan iklim perniagaan yang sihat dan mampan.

    Pegawai penguat kuasa JPES semasa menjalankan pemeriksaan di salah sebuah premis perniagaan di Daerah Tutong, baru-baru ini.- Gambar serahan JPES

    (Klik di sini untuk berita lanjut)

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda