Sunday, November 17, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 remaja ditawar vape baharu berakhir tragis

    KOTA KINABALU, SABAH, 3 MEI – Tiga remaja perempuan berusia 13 tahun yang ditawarkan vape dengan perisa baharu didakwa telah dirogol beramai-ramai oleh empat remaja di sebuah rumah penginapan di Sabah pada 26 April lalu.

    Keempat-empat suspek yang didakwa dibantu oleh seorang gadis untuk memancing mangsa, ditahan oleh pihak polis di Kota Kinabalu selepas salah seorang mangsa membuat laporan pada 27 April lalu.

    Menurut ketua polis, Mohd Zaidi Abdullah, “Kesemua suspek berusia 13 hingga 17 tahun itu ditahan di sekitar bandar raya dan Telipok Ria di daerah Tuaran.”

    Susulan laporan pertama, siasatan polis mendapati dua rakan gadis yang membuat laporan itu turut menjadi mangsa rogol oleh kempat-empat suspek, yang dibantu oleh rakannya yang berusia 17 tahun.

    Mohd Zaidi berkata, mereka ditahan sehingga 5 Mei untuk membantu dalam siasatan lebih lanjut.

    Selain daripada siasatan rogol di bawah Seksyen 375(b) Kanun Keseksaan, polis juga menyiasat suspek bagi pengeksploitan seks di bawah Seksyen 372(1)(a). – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda