Friday, February 21, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 saudara baru terima hidayah

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 6 Nov – Sebuah keluarga Dusun yang memilih agama Islam sebagai pegangan baru hidup mereka telah diraikan dalam majlis pengislaman yang diadakan di kediaman Haji Bakhri di Jalan Bukit Bilid, Rancangan Perumahan Negara Bukit Beruang, baru-baru ini.

    Hadir menyaksikan majlis pengislaman Tambat bin Juri, 69, isteri, Tuju binti Yuyut, 71, dan anaknya, Sharifa Ani binti Tambat, 42, itu ialah Penghulu Mukim Rambai, Haji Omar bin Abdul Aziz.

    Ketiga-tiga saudara baru berkenaan telah memilih nama Islam mereka sebagai Muhammad Said bin Abdullah Juri; Siti Aisyah binti Abdullah Yuyut (isteri) dan Sharifah Aini binti Muhammad Said.

    Keluarga Awang Muhammad Said diraikan dalam majlis pengislaman di Bukit Beruang baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda