Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    3 selamat dari serangan bersenjata

    MOSCOW, 24 NOV – Tindakan pantas seorang pekerja penghantaran berjaya menyelamatkan nyawa tiga kanak-kanak daripada menjadi mangsa serangan individu bersenjatakan pisau dalam satu kejadian berdekatan sebuah sekolah di Dublin kelmarin, lapor Sptunik.

    Menurut laporan media tempatan, dalam kejadian itu Caio Benicio, 43, berasal dari Brazil menggunakan topi keledar untuk menghalang seorang lelaki cuba menyerang sekumpulan orang.

    Dalam kejadian itu sekurang-kurangnya lima orang cedera, termasuk tiga orang kanak-kanak. Polis telah menahan suspek lelaki berusia 50-an di tempat kejadian.

    Pegawai penyiasat berkata suspek bertindak bersendirian dan serangan itu tidak bermotifkan keganasan.

    “Ada ramai orang di situ tetapi tidak dapat membantu kerana suspek bersenjata. Jadi saya gunakan topi keledar untuk halang penyerang…,” kata Benicio kepada akhbar Ireland, The Journal.

    Kejadian itu mencetuskan rusuhan yang menyaksikan sebuah kereta peronda, trem dan bas dibakar, namun rusuhan itu berjaya dihentikan, kata polis. – Bernama

    Kelihatan api menyala di sebuah kereta dan bas dipersimpangan Bachelor Walk dan O’Connell Bridge di Dublin pada 23 November. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...