3 terkorban, pesawat kargo terhempas

JAKARTA, 15 SEPT – Sebuah pesawat kargo kecil yang terhempas di sebuah pergunungan di rantau Papua, Indonesia telah mengorbankan tiga orang di dalamnya, kata polis.

Pesawat Rimbuan Air putus hubu-ngan bersama pihak berkuasa kawalan udara sejurus sebelum ia dijangka mendarat di sebuah lapangan terbang di keregenan Intan Jaya, Papua, kata polis dan pegawai pengangkutan.

Menurut ketua agensi penyelamat Timika, George Leo Mercy Randang penyelamat telah tiba di lokasi nahas dan mengesahkan kesemua anggota kru terkorban.

“Keadaan cuaca di lapangan terbang tidak begitu baik, ia meramalkan pesawat itu boleh mendarat namun landasan dalam pemandangan yang kurang jelas,” kata jurucakap polis Papua, Ahmad Mustofa Kamal.

Bangkai pesawat Twin Otter 300 telah ditemui oleh penduduk tempatan tiga jam selepas itu dekat sebuah kampung di tanah tinggi, kata polis Papua.

Imej-imej yang disiarkan oleh pasukan penyelamat hari ini menunjukkan sisa-sisa bertaburan di kawasan hutan.

Sektor penerbangan Indonesia yang pantas berkembang sudah lama dijejaskan dengan kebimbangan keselamatan dengan pesawat itu pernah ditegah dari ruang udara AS dan Eropah. – AFP/AP

Gambar yang disiarkan pada 15 September menunjukkan bangkai pesawat Twin Otter 300 yang ditemui terhempas di daerah Sugapa. – AFP