Khamis, November 20, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 wakil Shah United sertai latihan di Malaysia

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Tiga wakil daripada Kelab Futsal Shah United berlepas ke Negeri Sembilan, Malaysia bagi mengadakan kerjasama bersama kelab sukan yang bertapak di Negeri Sembilan, Nilai City Sports Club (NCSC).

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) bagi mengucapkan selamat belayar ialah Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD), Haji Mahrub bin Haji Murni yang seterusnya menjelaskan, FABD menyambut baik usaha seumpama ini sebagai usaha yang positif dan perlu dicontohi oleh kelab-kelab yang lain.

    Selain itu, beliau turut memberikan nasihat agar pemain-pemain berkenaan dapat memanfaatkan peluang dengan sebaik mungkin di samping menjaga disiplin yang tinggi bagi menjaga nama kelab dan negara secara tidak langsung.

    Kerjasama ini memberikan peluang kepada Shah United untuk mengorak langkah positif bagi meningkatkan mutu pemain dalam sukan futsal yang mana latihan ini akan bermula pada 14 Julai hingga 14 Ogos di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.

    Shah United telah diwakili oleh Mohammad Syazwan Rahim, Muhammad Yus Amirul Izam dan Abdul Muiz Awang Hasnan.

    Kerjasama dua hala dengan NCSC dihasratkan untuk memantapkan pasukan masing-masing menerusi program latihan dan pembangunan bersama sepanjang tingga minggu.

    Pemilik kelab, Haji Syed Mohd Yaqub Shah bin Haji Syed Anayatullah Shah menjelaskan penghantar pemain berkenaan adalah program tahunan bagi kelab Shah United bagi memberikan peluang kepada para pemain untuk meningkatkan pengalaman dan kemajuan mereka.

    Katanya, “Kejayaan kerjasama itu diharap akan memberikan impak kepada pasukan dan secara tidak langsung kepada negara.”

    Sementara itu, ketua jurulatih Shah United, Pengiran Asrul Asdynee pula mengongsikan, pemilihan pemain yang dihantar itu adalah berdasarkan prestasi pemain itu sendiri semasa latihan dan peningkatan mutu permainan.

    Haji Mahrub dan wakil-wakil daripada Shah United bergambar ramai di LTAB. – GAMBAR SERAHAN FABD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda