Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 warga awam terbunuh tembakan di India

    MUZAFFARABAD, Pakistan, 28 Ogos – Polis Pakistan mengatakan tentera India melepaskan tembakan terhadap Barisan Kawalan di wilayah Kashmir yang dipertikaikan, membunuh tiga orang awam.

    Pegawai polis Ashfaq Hussain hari ini mengatakan bahawa serangan oleh tentera India semalaman melanda sebuah rumah di kawasan Fatehpur di daerah Haveli di bahagian kawalan Kashmir yang dikuasai oleh Pakistan.

    Hussain berkata serangan itu juga mencederakan dua yang lainnya yang berada di dalam rumah.

    Dia berkata pasukan Pakistan kemudiannya kembali melepaskan tembakan.

    Polis Pakistan mendakwa tentera India melepaskan tembakan terhadap barisan kawalan di wilayah Kashmir yang menyebabkan tiga orang awam terkorban. – AP

    Muhammad Shabbir, seorang penduduk di kawasan Chakoti, berkata kedua-dua pihak saling berbalas-balas tembakan.

    Kedua-dua belah pihak sering melancarkan serangan ke atas Barisan Kawalan ketenteraan dan menyalahkan satu sama lain kerana melanggar perjanjian gencatan senjata tahun 2003.

    Kashmir dipisahkan antara saingan senjata nuklear India dan Pakistan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda