Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 warga Malaysia antara militan terbunuh di Marawi

    MARAWI, 30 Mei – Panglima tentera Filipina Jeneral Eduardo Ano, berkata tiga militan rakyat Malaysia, seorang warga Indonesia dan Arab Saudi terbunuh dalam pertempuran di bandar raya ini, memetik maklumat perisikan terbaru.

    Militan merancang membakar keseluruhan bandar ini bagi menonjolkan pengaruh Daesh di rantau ini. Ano memberitahu The Associated Press (AP) dalam satu temuramah hari ini, tentera kini mara bagi memecahkan kepungan selama seminggu di bandar itu.

    Menurut Ano, pengganas juga merancang membakar bandar ini dan membunuh seberapa ramai penduduk Kristian di bandar berhampiran Iligan sepanjang Ramadan untuk meniru keganasan yang dilihat dunia di Syria dan Iraq. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda