Saturday, May 10, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    30 bekas guru agama bertemu semula

    Oleh Normazlina M.D

     

    KUALA BELAIT, 31 Julai – Seramai 30 orang bekas guru-guru agama pengambilan 1987/1990 telah bertemu kembali dalam Majlis Perjumpaan Semula (Reunion) di rumah salah seorang bekas guru berkenaan, Dayang Mariam binti Haji Momihn di Kuala Belait, baru-baru ini.

    Majlis perjumpaan tersebut yang merupakan kali kedua diadakan setelah 30 tahun tidak berjumpa, diisikan dengan bacaan Doa Tahlil dan Arwah bagi sahabat-sahabat mereka yang telah kembali ke rahmatullah.

    Dengan adanya perjumpaan tersebut, ia akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama mereka dan seterusnya berkongsi pengalaman bekerja bersama guru-guru lain yang mengajar di kawasan-kawasan yang tertentu.

    Di sesi perjumpaan tersebut, ia juga dapat mengingatkan pengalaman mereka iaitu bekas guru-guru yang pernah belajar di Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan di Bandar Seri Begawan yang mana pada masa ini maktab tersebut sudah pun dinamakan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

    Bekas guru-guru agama pengambilan 1987/1990 mengadakan Majlis Perjumpaan Semula di Kuala Belait, baru-baru ini.
    Bekas guru-guru agama pengambilan 1987/1990 mengadakan Majlis Perjumpaan Semula di Kuala Belait, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda