Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    30 cedera dalam nahas kereta api

    LAHORE, PAKISTAN, 24 SEPT – Sebuah kereta api penumpang bertembung dengan kereta api yang dalam keadaan statik dan membawa barang-barang di timur Pakistan hari ini, mencederakan sekurang-kurangnya 30 penumpang, lima daripadanya parah, kata pegawai.

    Pihak berkuasa kereta api menggantung kerja pemandu kereta api penumpang yang menuju ke Lahore, pembantunya dan dua kakitangan lapangan atas kecuaian ketika siasatan dibuka, kata pegawai tertinggi kereta api, Shahid Aziz.

    Aziz berkata, kejadian itu berlaku di daerah Shaikhupura berhampiran stesen Qila Sattar Shah pada awal pagi ketika tren penumpang yang bertolak dari Mianwali menuju Lahore diarahkan ke landasan lokasi kereta api barang sudah diletakkan.

    Beliau berkata kebanyakan mangsa yang cedera dirawat di stesen kereta api, tetapi mereka yang mengalami kecederaan serius telah dipindahkan ke hospital dan landasan segera dibersihkan. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda