Thursday, October 24, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    30 cedera dalam protes di Bangladesh

    DHAKA, 23 OKT – Bantahan di luar rumah Presiden Bangladesh yang menuntut supaya beliau meletak jawatan berakhir apabila penunjuk perasaan bertempur dengan polis pencegah rusuhan ketika mereka cuba menyerbu pekarangan kediamannya, mengakibatkan 30 orang cedera.

    Kuasa Presiden Mohammed Shahabuddin sebahagian besarnya tidak berpengaruh walaupun beliau memainkan peranan penting pada kemuncak revolusi pelajar Ogos lalu yang menggulingkan bekas perdana menteri autokratik, Sheikh Hasina.

    Shahabuddin mengumumkan rakan sekutunya meletak jawatan pada hari beliau melarikan diri ke India, membuka jalan kepada pentadbiran sementara yang kini mentadbir negara Asia Selatan itu.

    Bagaimanapun, dalam temu bual dengan media tempatan minggu lalu, beliau sebenarnya tidak melihat surat bertulis daripada Hasina mengenai perkara itu.

    Penunjuk perasaan mula berkumpul di luar perkarangan rumah Shahabuddin di ibu negara Dhaka kelmarin, menuntut beliau meletak jawatan dan menuduhnya tidak setia kepada Hasina dan parti Liga Awami.

    “Sejak bantahan yang diketuai pelajar menggulingkan rejim fasis, tidak sepatutnya ada presiden daripada rejim itu,” kata seorang ketua pelajar semasa protes itu, Faruk Hossain, kepada AFP.

    “Beliau mesti digantikan oleh presiden rakyat,” tambahnya.

    Beratus-ratus penunjuk perasaan cuba merempuh pagar keselamatan dan menyerbu kawasan itu sejurus sebelum tengah malam hari ini. – AFP

    Anggota tentera berkawal di belakang penghadang ketika seorang pelajar melaungkan slogan semasa protes di luar kediaman Presiden Sahabuddin di Dhaka pada 22 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda