Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Seramai 30 orang yang terdiri daripada pegawai dan anggota keselamatan Pulau Mutiara Besar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) termasuk agensi-agensi penguatkuasa undang-undang iaitu Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) dan Setia Protective Security Services (SPSS) Sdn Bhd baru-baru ini telah menghadiri taklimat mengenai Jenayah Pemerdagangan Orang atau Trafficking in Persons anjuran Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia (USPM) dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).
Taklimat berkenaan dijalankan sebanyak 2 hari iaitu pada 19 dan 21 April dan disampaikan kepada pegawai dan anggota keselamatan berserta pekerja-pekerja Hengyi Indutries Sdn Bhd di Pulau Muara Besar (PMB) dalam usaha mempertingkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang jenayah pemerdagangan orang di Negara Brunei Darussalam.
Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Timbalan Penguasa Polis Hajah Anis @ Roszaffina binti Haji Ahmad, Ketua USPM, JSJ dan memberi fokus kepada soalan-soalan tentang elemen dan petunjuk jenayah pemerdagangan orang dalam case study yang disampaikan.
Antara yang dibentangkan dalam taklimat termasuk landmark cases dimana kes-kes pemerdagangan orang yang telah berjaya dihadapkan ke muka pengadilan yang memenuhi semua indikasi unsur pemerdagangan orang yang telah disiasat oleh UPSM semenjak 16 Ogos 2011 yang mana tertubuhnya unit tersebut.
Semua di atas : Sekitar semasa taklimat dijalankan. – GAMBAR- GAMBAR SERAHAN PPDB