Wednesday, February 12, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    30 ikuti bengkel pengurusan jenazah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Seramai 30 orang Muslimah dari Daerah Tutong hari ini mengikuti Bengkel Menyempurnakan Jenazah bagi Kelas Bimbingan Muslimah Masjid bertempat di Masjid Kampung Keriam, Daerah Tutong.

    Bengkel fasa ketiga tersebut telah dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Hal Ehwal Muslimah dan dikendalikan bersama oleh Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong dan ahli jawatankuasa takmir masjid berkenaan. Bengkel diadakan adalah untuk menambahkan lagi pengetahuan para Muslimah yang menyertai bengkel tersebut melalui penerangan secara teori dan praktikal mengenai tatacara pengurusan dan penyempurnaan jenazah.

    Ia disampaikan oleh dua orang penggapai iaitu Hajah Suhalawati binti Haji Suhaili dan Dayang Rosni binti Haji Ibrahim selaku pemudahcara bengkel. Sepanjang bengkel berkenaan, para peserta diberikan penerangan bagi meningkatkan keyakinan dan berani untuk mengendalikan pengurusan jenazah dengan betul.

    Bengkel juga dihasrat untuk menarik minat para Muslimah masjid untuk menubuhkan kumpulan penggapai di masjid-masjid sekali gus memudahkan orang ramai bagi mendapatkan khidmat penggapai untuk menyempurnakan jenazah terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

    Bengkel seumpama ini akan diteruskan lagi ke daerah yang lain mengikut jadual yang telah ditetapkan.

    Antara peserta yang menyertai bengkel yang diadakan di Masjid Kampung Keriam, Daerah Tutong.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda