Oleh Syahmi Hassan
Gambar oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Kementerian Kesihatan telah mengongsikan senarai terkini bagi jenis-jenis kit ujian COVD-19 Antigen Rapid Test (ART) yang telah mendapat kelulusan untuk digunapakai di Negara Brunei Darussalam yang mana setakat ini, terdapat 30 jenis kit ujian ART telah diluluskan.
Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, hari ini di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.
Yang Berhormat Dato seterusnya merujuk kepada paparan senarai kit ujian ART yang tertera di skrin semasa sidang media itu dan boleh diperolehi syarikat-syarikat yang ingin menjualnya kepada orang ramai.
Antara tambahan kit-kit ujian ART yang telah diluluskan ialah Medomics SARs-Cov2 Antigen Test Kit (LFIA) dari Jiangsu Medomics Medical Technology Co. Ltd. China (jenis sampel – Saliva (Oral Fluid)); Orawell COVID-19 Ag Rapid Saliva test Device dari Jiangsu Well Biotech Co. Ltd. China (jenis sampel – Saliva (Oral Fluid)); Veri-Q COVID-19 Ag Rapid Test dari MICo BioMed Co. Ltd. Korea (jenis sampel – Nasopharyngeal).
Sementara itu kit ujian ART lain yang turut diluluskan termasuk Flowflex SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test dari ACON Biotech (Hangzhou) Co. Ltd. China (jenis sampel – Nasal/Saliva); Joysbio SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test Kit (Professional use) dari Joysbio (Tianjian) Biotechnology Co. Ltd. China (jenis sampel – Saliva/Nasal); Wikang Medical SARSCoV-2 Antigen Detection Kit (Selfuse) dari Xiamen Jiqing, Biomedical Technology Co. Ltd. China (jenis sampel – Saliva/Throat /Nasal); Beright COVID-19 Antigen Rapid Test (Self-use) dari Hangzhou Alltest Biotech Co. Ltd China (jenis sampel – Oral Fluid).

Kementerian Kesihatan turut meluluskan kit ujian ART jenama SALIXIUM COVID-19 Rapid Antigen Test dari RESZON Diagnostics International Sdn Bhd, Malaysia (jenis sampel – Saliva and Nasal); Genrui SARS-CoV-2 Antigen Test Kit dari Genrui Biotech Inc., China (jenis sampel – Nasal); SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test Kits for Self-Testing dari Beijing Lepu Medical Technology Co., Ltd., China (jenis sampel – Nasal); SARS-CoV Ag Rapid Test Kit dari Jiangsu Bioperfectus Technologies Co., Ltd., China (jenis sampel – Nasal).
Sebagai tambahan, kit ujian yang dinyatakan turut dibenarkan untuk diguna pakai iaitu SG Diagnostics COVID19 Antigen Rapid Test Kit dari SG Diagnostic Pte. Ltd., Singapura (jenis sampel – Nasal/Throat); JusChek COVID-19 Antigen Rapid Test dari Hangzhou AllTest Biotech Co., Ltd., China (jenis sampel – Oral Fluid); Ninonasal NG-Test® SARS-CoV-2 Antigen Test Kit (Nasal) dari NG Biotech, Perancis (jenis sampel – Nasal); LYHER Novel Coronavirus (COVID19) Antigen Test Kit dari Hangzou Laihe Biotech Co Ltd (jenis sampel – Saliva);
Clinitest Rapid Covid19 Antigen Test dari Healgen Scientific Limited Liability Company, Amerika Syarikat (jenis sampel – Nasopharyngeal/ Nasal); INDICAID® COVID-19 Rapid Antigen Test dari Phase Scientific International Ltd., Hong Kong (jenis sampel – Nasal); Rapid ResponseTM COVID-19 Antigen Rapid Test Device dari BTNX Inc., Kanada (jenis sampel – Nasal/Nasopharyngeal);
Manakala, kit HOTGEN Coronavirus (2019-nCoV)-Antigen Test dari Beijing Hotgen Biotech Co., Ltd., China (jenis sampel – Nasal); HIGIA SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test Kit dari Xiamen Higia Medical Technology Co., Ltd., China (jenis sampel – Saliva); dan iHealth Novel Corona Virus (SARS-CoV-2) dari Symbion Asia Sdn Bhd. Malaysia (jenis sampel – saliva) telah diberi kelulusan penggunaannya di negara ini.
Menteri Kesihatan turut menjelaskan bahawa senarai tersebut juga boleh didapati di laman web Kementerian Kesihatan.