Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    30 maut, 35 hilang selepas hujan lebat di bandar tengah China

    CHANGSHA, 1 OGOS – Tiga puluh orang telah disahkan maut dan 35 yang lain masih hilang setakat tengah hari ini selepas hujan lebat akibat taufan melanda Bandar Zixing, Wilayah Hunan, tengah China, menurut pihak berkuasa tempatan.

    Menurut ibu pejabat kawalan banjir dan bantuan kemarau di bandar itu, jalan raya, elektrik dan komunikasi telah dipulihkan sebahagian besarnya di lapan perbandaran Zixing yang paling terjejas berikutan kesan Taufan Gaemi.

    Usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan. – Xinhua

    Foto dron yang diambil pada 30 Julai menunjukkan jalan yang tertimbus oleh tanah runtuh sedang dibersihkan di Perbandaran Bamianshan Yao, Bandar Zixing, Wilayah Hunan, tengah China. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda