30 maut dalam banjir lumpur

JOHANNESBURG, 4 DIS – Sekurang-kurangnya 30 orang  dikhuatiri terbunuh dalam kejadian banjir lumpur yang dicetuskan oleh hujan lebat, di beberapa buah kampung di timur Uganda, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan pada hari ini.

Seorang pegawai di sebuah kampung, Gerald Fungo, berkata beberapa orang dikhuatiri terbunuh dan tertimbus akibat banjir lumpur itu.

Menurut laporan Daily Monitor, tragedi berlaku pada petang semalam selepas hujan lebat selama lima jam di daerah Bududa.

Daerah yang berhampiran dengan kawasan gunung terdedah kepada kejadian tanah runtuh.

Pada 2010, tanah runtuh mengorbankan sekurang-kurangnya 100 orang. – Bernama