Sunday, June 4, 2023
24 C
Brunei

    -

    30 menangi vCard bibd bernilai $300

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MEI – Seramai 30 orang pemenang cabutan bulanan pertama dalam Kempen Mega 30 Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah menerima hadiah kad kredit BIBD Virtual Mastercard (vCard) bernilai $300 pada majlis yang berlangsung di Bangunan PGGMB di ibu negara, hari ini.

    Selain itu, tiga pemenang bertuah juga telah menerima hadiah kejutan yang disampaikan oleh Ketua Jualan, Kumpulan Perbankan Runcit BIBD, Hajah Rohani binti Haji Mohd Salleh.

    Kempen Mega 30 BIBD dilancarkan pada Februari sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-30 tahun perbankan Islam berkenaan yang telah berlangsung selama sembilan bulan dan menawarkan hadiah berjumlah $130,000 kepada 300 pelanggan BIBD.

    Ia berlangsung dari 1 Mac hingga 31 November, di mana akan ada 30 pemenang bulanan, tiga pemenang suku tahunan, dan tiga pemenang hadiah utama. Pemenang bulanan akan menerima kredit vCard, sementara pemenang suku tahunan akan menerima sijil simpanan Aspirasi dan pelaburan dana bersama BIBD.

    Tiga pemenang hadiah utama menerima deposit berjangka atau pelaburan dana bersama bernilai $10,000 setiap satu. Kempen berkenaan terbuka kepada pelanggan BIBD yang baharu dan sedia ada yang memohon atau melanggan produk, perkhidmatan, kemudahan pembiayaan dan melakukan transaksi BIBD.

    Ia merupakan inisiatif pertama BIBD untuk menawarkan promosi berskala besar melalui Kumpulan Perbankan Runcit, Kumpulan Perbankan Korporat, dan unit perniagaan BIBD Securities.

    Melalui kempen itu, BIBD menunjukkan komitmen untuk menyediakan pelanggan dengan peluang menarik dan memberi ganjaran dalam pengalaman perbankan mereka di samping memperkuatkan komitmen BIBD dalam mempromosikan e-wang digital untuk menyokong agenda Smart Nation dan Wawasan Brunei 2035.

    Hajah Rohani bergambar ramai bersama para pemenang cabutan bulanan pertama bagi Kempen Mega 30 BIBD. – Gambar serahan BIBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Punca kemalangan kereta api India dikenal pasti

    NEW DELHI, 4 JUN - Menteri Kereta Api India berkata hari ini bahawa punca dan orang yang bertanggungjawab terhadap nahas kereta api yang paling...
    - Advertisment -