Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    30 minit senaman sederhana mampu cegah kanser

    BARAH peparu, juga dikenali sebagai karsinoma paru-paru atau karsinoma pulmonari, adalah tumor mengancam (malignant tumour) pada paru-paru.

    Ia bercirikan pertumbuhan sel luar kawal pada tisu paru-paru. Sekiranya dibiarkan tanpa dirawat, pertumbuhan ini mampu merebak di luar paru-paru melalui proses metastasis pada tisu berhampiran atau bahagian lain badan. Kebanyakan barah yang bermula pada paru-paru, dikenali sebagai barah paru-paru utama, adalah carcinomas yang terhasil dari sel epithelial.

    Jenis paling utama adalah karsinoma paru-paru sel kecil (small-cell lung carcinoma, SCLC) dan karsinoma paru-paru sel bukan kecil (non-small-cell lung carcinoma, NSCLC). Simptom paling biasa adalah batuk (termasuk batuk berdarah), kehilangan berat badan, nafas pendek dan sakit dada. Paling biasa adalah bronchogenic carcinoma (sekitar 90 peratus). Barah paru-paru adalah tumor mengancam yang paling bahaya di seluruh dunia, menyebabkan sehingga tiga juta kematian setahun.

    Sebahagian besar kes barah paru-paru (80 hingga 90 peratus) adalah disebabkan oleh pendedahan jangka panjang pada merokok tembakau. Sekitar 10 hingga 15 peratus kes berlaku pada orang yang tidak pernah merokok. Kes-kes ini sering kali disebabkan oleh gabungan faktor genetik dan pendedahan pada gas radon, asbestos atau bentuk lain pencemaran udara, termasuk asap terpakai (second-hand smoke). Barah paru-paru boleh dilihat pada radiograf dada dan imbasan computed tomography (CT) scans. Diagnosis disahkan melalui biopasi yang biasanya dilakukan dengan penggunaan bronchoscopi atau panduan-CT.

    Antara cara mengelakkan kanser paru-paru

    Buat masa ini tiada cara kos efektif yang boleh mengesan kanser paru-paru pada peringkat awal dan pesakit biasanya datang pada peringkat yang lewat. Oleh yang demikian, pencegahan yang paling berkesan adalah tidak terdedah pada asap rokok sama ada merokok secara aktif atau pasif. Pada mereka yang merokok, dinasihatkan berhenti merokok. Pendedahan pada anasir-anasir yang boleh menyebabkan kanser juga disarankan.

    Ujian secara teratur dan pemeriksaan sendiri untuk sesetengah kanser mungkin tidak mencegah kanser, tetapi ia boleh meningkatkan peluang penemuan awal kanser di mana rawatan awal kejayaannya lebih tinggi. – Gambar hiasan

    1-Bersenam secukupnya dan turunkan berat badan

    30 minit senaman sederhana setiap hari boleh membantu mencegah kanser melalui mekanisma berikut:

    -Meningkatkan sistem imun anda.

    -Mencegah kegemukan.

    -Menurunkan kadar estrogen.

    Makan makanan sihat dan seimbang. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini kerana makanan tersebut mengandungi banyak agen anti kanser.

    2-Minimumkan pengambilan ubatan

    Kebanyakan ubatan adalah dari bahan-bahan kimia walaupun kajian telah dilakukan dan terbukti selamat dan ada juga pada mulanya selamat kemudian ditarik balik kerana kesan sampingan berbahaya sudah semestinya jika perambilan pada masa panjang akan mendatangkan kesan-kesan sampingan pada tubuh badan.

    Kalau tak perlu, tak payah makan ubat, biarlah tubuh badan kita menyembuhkan dengan caranya atau ambil sesuatu yang semula jadi untuk membantu tubuh badan melawan penyakit, biar lambat asal selamat.

    3-Kurangkan pendedahan terhadap bahan beracun seperti racun serangga, bahan kimia domestik dan pencemar udara.

    Semua tahu bahan karsinogen terdapat dalam persekitaran hidup kita, di rumah dan di tempat kerja. Hindari atau kurangkan pendedahan pada bahan-bahan yang diketahui mengandungi bahan kimia berbahaya.

    4-Berhenti merokok

    Merokok adalah satu-satunya penyebab utama kanser yang boleh dicegah. Perokok pasif kedua dan ketiga juga boleh merosakkan kesihatan. Rokok menjadi penyumbang kepada pembentukan sel tidak normal bagi 10 jenis kanser terutama kanser paru-paru, mulut, bibir, tekak, peti suara dan buah pinggang.

    5-Kurangkan tekanan

    Anda tahu bahawa kanser menyebabkan anda tertekan, tetapi adakah tekanan juga menyebabkan kanser? Kajian pada sel biologi dan biokimia menunjukkan bahawa sesetengah molekul yang diberi tekanan secara berkala mempunyai kaitan dengan beberapa penyakit termasuk kanser.

    Saluran yang radang akibat tertekan mengakibatkan pembentukan tumor, metastasis tumor dan resistan kepada kemoterapi. Adalah amat penting untuk mengetahui dan menangani tekanan, sama ada atau tidak sebarang efek atas pembentukan atau perkembangan kanser, dengan melakukannya akan meningkatkan kualiti hidup anda.

    6-Elakkan berjemur

    Tingkatkan tahap vitamin D yang boleh diperoleh daripada cahaya matahari pagi. Tapi elakkan daripada berjemur dari jam 10 pagi hingga 3 petang kerana ketika ini sinaran ultra lembayung paling tinggi.

    7-Lakukan pemeriksaan

    Ujian secara teratur dan pemeriksaan sendiri untuk sesetengah kanser mungkin tidak mencegah kanser, tetapi ia boleh meningkatkan peluang penemuan awal kanser di mana rawatan awal kejayaannya lebih tinggi.

    8-Dapatkan imunisasi

    Setengah kanser berkaitan dengan infeksi virus yang boleh dicegah melalui imunisasi.

    9-Elakkan minum air yang tidak bertapis

    Kalau ada duit lebih belilah penapis air, yang mana ada banyak dijual di pasaran sekarang. Tetapi yang paling mustahak, air yang ditapis bebas klorin yang boleh menyebabkan kanser, logam berat, tinggalan racun dalam air dan juga bakteria-bakteria degil. Kalau tak mampu, pastikan air yang diminum itu dimasak sebelum diminum.

    10-Kurangkan pengambilan daging

    Terdapat kajian kaitan antara pengambilan daging merah berlebihan dengan kanser seperti kanser paru-paru, payu dara, rahim, usus besar, rektum, pankreas dan juga kanser buah pinggang. Daging barbeku, disalai, diperam dapat meningkatkan risiko untuk kanser jika dimakan berlebihan dan kerap.

    11-Kurangkan pengambilan lemak

    Elakkan makanan yang tinggi lemak sama ada lemak haiwan ataupun tumbuhan. Terdapat kaitan dengan pengambilan lemak berlebihan boleh menyebabkan kanser paru- paru, payudara, prostat, rahim, ovari, pankreas, perut dan juga usus besar. Lebih penting elakkan dari mengambil lemak buatan.

    12-Jauhi arak dan alkohol

    Alkohol menyebabkan seribu satu masalah kepada kesihatan badan kita. Alkohol boleh menyebabkan kanser paru-paru,mulut, tekak, salur esofagus, perut, pankreas dan juga hati.

    13-Kurangkan pengambilan makanan yang berperisa dan pengawet

    Jangan amalkan mengambil makanan ringan kerana ia mempunyai bahan tersebut dan lebih bagus jangan ajar anak-anak kita mengambilnya. Amalkan makanan yang segar.

    14-Makan makanan yang boleh meningkatkan sistem imun

    Secara umumnya, makanlah banyak sayuran, buah-buahan dan bijirin yang selamat. Apabila anda memakan banyak sayuran dan buah-buahan sajian harian anda, risiko anda untuk kanser paru-paru, usus besar, pundi kencing dan perut akan menurun.

    Buah-buahan dan sayuran yang tinggi serat disamping ada mengandungi kandungan yang secara alamiah boleh mencegah kanser. Antara buah-buahan yang terbukti boleh mencegah kanser adalah seperti epal, asparagus, brokoli, lobak dan strawberi.

    15-Ambil makanan tambahan

    Pada masa sekarang, pengambilan makanan tambahan sebenarnya bukan pilihan tetapi adalah kemestian. Ini kerana nutrien-nutrien di dalam makanan, sayuran dan buah-buahan adalah tidak mencukupi.

    16-Peka dengan perubahan pada tubuh badan

    Kenali tanda-tanda awal kanser dan bertindak segera dengan berjumpa yang pakar.

    Cara merawat kanser paru-paru

    Rawatan kanser paru-paru biasanya melibatkan suatu pasukan yang dianggotai oleh pelbagai disiplin seperti pakar bedah kardiotorasik, pakar onkologi, pakar patologi, pakar radiologi dan kakitangan kesihatan bersekutu yang lain.

    Jenis rawatan yang diberikan bergantung kepada banyak faktor seperti tahap kanser, umur dan tahap fizikal pesakit, pilihan atau kemahuan pesakit dan sama-ada modaliti rawatan dan kepakaran yang dikehendaki boleh didapati.

    Pembedahan

    Pembedahan radikal bagi tujuan penyembuhan hanya boleh dilakukan bagi non small cell lung cancer yang berada pada tahap satu dan dua. Pembedahan radikal membuang kanser ini menawarkan peluang yang terbaik untuk sembuh tetapi hanya sekitar 25 peratus daripada pesakit adalah calon yang sesuai untuk pembedahan.

    Sebelum pembedahan, anda mungkin perlu menjalani ujian fungsi paru-paru untuk menilai keupayaannya untuk menghadapi pembedahan tersebut. Pembedahan ini akan mengeluarkan sebahagian atau keseluruhan paru-paru dan nodus limfa di dalam dada, bergantung kepada saiz dan lokasi tumor dan juga tahap fungsi pernafasan pesakit. Terdapat tiga jenis pembedahan untuk kanser paru-paru:

    -Lobektomi.

    -Pneumonektomi.

    -Wedge Resection/Segmentektomi.

    Terapi

    -Radioterapi: Radioterapi adalah rawatan kanser dengan sinaran X-ray atau sinar X bertenaga tinggi. Radioterapi boleh diberi secara radioterapi luaran iaitu dipancarkan dari luar badan atau melalui rongga di dalam badan iaitu radioterapi dalaman.

    -Kemoterapi: Ia adalah rawatan dengan ubat anti-kanser (cytotoxics) bertujuan untuk mematikan sel kanser. Ia boleh diberikan melalui suntikan ke dalam pembuluh darah (intravena), melalui alat kemoport atau secara oral (pil). Ia boleh digunakan secara kombinasi dengan pembedahan dan radioterapi dalam rawatan kanser paru-paru.

    -Targeted Therapy: Ini adalah rawatan terbaharu yang boleh ditambah kepada pelbagai rawatan yang sedia ada untuk kanser paru-paru. Ia menggunakan ‘ubat sofistikated’ dengan sifat cytostatic yang menyasarkan sel kanser pada peringkat molekul bertujuan untuk mengawal pertumbuhan dan perkembangan sel tersebut.

    Ia digunakan bukan untuk menyembuhkan sebaliknya untuk mengawal kanser. Ia boleh didapati dalam bentuk pil dan intravena dan boleh digunakan dengan sendirinya atau dengan kombinasi dengan ubat kemoterapi.

    Terapi Paliatif

    Ini adalah bentuk rawatan yang bertujuan untuk memperbaiki keadaan pesakit dan mengatasi gejala yang timbul daripada paru-paru bermasalah sama ada dengan mengunakan rawatan dengan ubat-ubatan, prosedur dan/atau terapi kaunseling. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda