Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    30 MPV polis ke sekolah, tangani masalah disiplin

    JITRA, 27 OKT – Polis Kedah mengambil inisiatif menggerakkan Unit Kereta Peronda (MPV) ke sekolah terpilih di Kedah dalam usaha menangani masalah disiplin di sekolah.

    Ketua Polis Kedah, Datuk Adzly Abu Shah berkata setakat ini, 30 MPV digerakkan ke sekolah telah dikenal pasti bagi tujuan itu termasuk buli dan pergaduhan selain mewujudkan persekitaran sekolah yang tenteram serta aman.

    “Pada sebelah malam, kita akan ke sekolah bersama-sama guru. Kita mahu menimbulkan persekitaran selamat dan keyakinan pelajar. Kadang-kadang pelajar apabila nampak polis beruniform akan berasa selamat (dan) yang hendak buat masalah pun akan terbantut,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hosba semalam.

    Dalam pada itu, beliau menyeru masyarakat khususnya ibu bapa lebih mengambil berat keberadaan dan aktiviti anak di luar rumah terutama pada waktu malam.

    “Ibu bapa kalau tengok anak 13 hingga 15 tahun keluar malam kena tanya hendak ke mana. Kita kena balik macam zaman dulu mengambil berat, busybody tentang anak. Tengok anak orang lain pun tanya keluar malam untuk apa,“ katanya.

    Beliau berkata polis akan terus mempertingkatkan kerjasama dengan semua pihak terutama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menangani masalah disiplin di sekolah. – Bernama

    Polis Kedah guna MPV ke sekolah tangani kes disiplin. – Gambar fail Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda