Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    30 nelayan Vietnam ditahan di perairan Miri

    MIRI, 31 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan asing dari Vietnam serta merampas hasil tangkapan ikan seberat lima tan bernilai RM60,000 di perairan Miri dalam “Operasi Permai” pada Selasa lepas.

    Timbalan Pengarah Operasi APMM Miri, Komander Maritim Mohamad Hambali Yaakub berkata, turut ditahan ialah 30 orang warganegara Vietnam berumur 19 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan.

    “Hasil pemeriksaan mendapati 10 orang kru bot berkenaan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Hambali berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua bot nelayan dengan pendaftaran One United 12 dan One United 5 disyaki menangkap ikan tanpa lesen di perairan Miri.

    “Kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di perairan negara tanpa kebenaran,” katanya sambil menambah bot One United 12 ditahan pukul 7.52 malam manakala bot One United 5 pukul 8.13 malam hari yang sama. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda