30 orang awam maut dalam serangan AS

KABUL, 9 OKT – Kira-kira 30 orang awam telah terkorban ketika Amerika Syarikat (AS) mengebom beberapa kemudahan memproses dadah di barat Afghanistan Mei lalu, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang disiarkan hari ini, walaupun tentera AS serta-merta menepis penemuan itu.

Misi Bantuan PBB di Afghanistan (UNAMA) yang menjalankan siasatan selama empat bulan mencari apa yang berlaku pada 5 Mei ketika tentera AS mengebom puluhan tapak yang ia kenal pasti sebagai makmal dadah methamphetamine Taliban. Sejurus selepas serangan di wilayah Farah daerah Bakwa, dan bahagian sempadan daerah Delaram di wilayah Nimroz, UNAMA berkata ia mula menerima laporan tentang ‘ramai orang awam terkorban’.

Selepas misi mencari bukti ke beberapa tapak tersebut dan bertemu dengan 21 orang yang terjejas dengan serangan itu, UNAMA berkata ia telah ‘mengesahkan 39 orang awam terjejas (30 maut, lima cedera dan empat tidak dapat dipastikan), termasuk 14 kanak-kanak dan seorang wanita, akibat serangan udara pada 5 Mei’. – AFP