Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    30 pain darah dikumpul

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Sebanyak 30 pain darah berjaya dikumpulkan dalam kempen derma darah yang dikendalikan oleh Tabung Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), hari ini.

    Kempen yang diadakan di Kompleks Annajat itu bertujuan memberi peluang kepada orang ramai untuk menyertai kempen menderma darah dan secara tidak langsung sama-sama memberi sokongan kepada Kementerian Kesihatan.

    Dengan adanya kempen berkenaan, ia akan dapat membantu menambah bekalan darah di hospital dan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan terutama apabila berlaku kecemasan.

    Kempen seumpama ini akan diadakan di Lantai Bawah Pusat Membeli-belah Times Square, Berakas pada 17 September dari pukul 10 pagi hingga 3 petang anjuran imagine Sdn Bhd.

    Orang ramai yang berhasrat untuk menderma darah digalakkan membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi mana-mana kempen derma darah berkenaan.

    Salah seorang penderma mengambil bahagian dalam kempen yang diadakan di Kompleks Annajat kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda