Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    30 pelajar bentang projek sains hujung September ini

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 1 SEPT – Seramai 30 pelajar dari sekolah seluruh negara yang mengikuti Bootcamp Musim Ketiga Wanita dalam Sains (WIS) anjuran Makmal Tenaga Seria (SEL) yang berakhir 28 Ogos lalu akan membentangkan projek sains mereka kepada panel-panel hakim pada hujung September ini.

    Sepanjang kursus Bootcamp yang bermula pada 14 Ogos di premis SEL, para pelajar telah ditunjuk ajar cara untuk mengembangkan kemahiran, bakat dan peluang untuk mendapat maklum balas serta mempertingkatkan cadangan projek mereka, selain meningkatkan kemahiran bagi peringkat pertandingan seterusnya.

    Di samping itu, para pelajar juga berpeluang bertemu pakar dan wanita profesional dalam bidang masing-masing untuk mengetahui lebih lanjut tentang kemahiran dan bakat mereka serta bagaimana mereka boleh melaksanakannya dalam kerja mereka dan peluang meluaskan rangkaian.

    Para pelajar tersebut yang berusia antara 13 hingga 17 tahun telah dipilih berdasarkan cadangan yang telah dikemukakan sebelum ini yang mempamerkan kreativiti, inovasi dan kerelevanan selaras dengan tema tahun ini Cipta Masa Depan.

    Sesi tiga hari itu termasuk bengkel Emerging Leaders, komunikasi, teknologi yang dikendalikan oleh tetamu undangan, Saedah Hasnal dari Women Techmakers Brunei, bengkel penjenamaan kreatif dan beberapa aktiviti penyelesaian masalah.

    Kem itu diserikan lagi dengan kehadiran tiga penceramah motivasi jemputan untuk berkongsi pandangan mreka mengenai industri masing-masing, termasuk Ketua Sumber Manusia Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) Hajah Zainab binti MA Omar; Pengurus Pendigitalan di BSP Sofiah Umar; dan Pengurus Projek Eco Bumi Arkitek, Dayang Nur Syazana Syamimi binti Haji Zamain.

    Daripada kem tersebut, para peserta akan melalui penilaian pusingan awal di mana tiga pasukan terbaik akan dipilih, dengan tiga pasukan teratas diberi geran mini daripada SEL untuk melaksanakan projek masing-masing dalam komuniti mereka.

    Pasukan yang mempunyai projek paling berkesan akan memenangi gelaran WIS dan Duta SEL.

    Maklumat lanjut serta maklumat terkini mengenai pertandingan WIS boleh diperolehi daripada laman media sosial @seriaenergylab atau laman web, www.seriaenergylab.com.

    Antara penceramah yang diundang semasa Bootcamp WIS itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...