Friday, October 25, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    30 pelajar cedera dalam letupan bom molotov di Chile

    SANTIAGO, 24 OKT – Kira-kira 30 pelajar Chile cedera kelmarin, beberapa daripadanya dalam keadaan kritikal, akibat letupan bom molotov yang mereka kendalikan di dalam sekolah mereka di ibu negara, kata pihak berkuasa.

    Lima daripada pelajar dari Sekolah Asrama Kebangsaan Barros Arana di Santiago berada dalam bahaya maut, kata Menteri Kesihatan, Ximena Aguilera pada sidang akhbar.

    Kolonel polis, Fernando Albornoz berkata tidak jelas mengapa peranti itu meletup.

    Letupan itu mengakibatkan “pelbagai kesan melecur kepada sebilangan besar pelajar yang berada di dalam bilik air,” katanya.

    Media tempatan melaporkan bahawa letupan itu berlaku semasa persiapan untuk sambutan graduasi.

    “Keadaan ini adalah satu tragedi,” kata Menteri Dalam Negeri, Carolina Toha.

    “Molotov koktel adalah senjata,” katanya, sambil menambah bahawa ia bukan “alat yang boleh diterima untuk protes.”

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pelajar dari sekolah itu sering terlibat dalam demonstrasi dan pertempuran dengan polis ketika mereka menuntut lebih
    banyak sumber untuk pendidikan awam. – AFP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda