Friday, November 15, 2024
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    30 pelajar tahfiz lawat KACA belajar pengurusan

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Dengan hasrat untuk mempelajari pengurusan, kemudahan, cara pengajaran dan bimbingan untuk orang berkeperluan khas dan kurang upaya, seramai 30 pelajar dari Institut Tahfiz Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) mengadakan lawatan ke Persatuan Kanak-Kanak Cacat (KACA) Cawangan Temburong baru-baru ini.

    Lawatan yang julung kali diterima oleh Persatuan KACA Temburong menyaksikan rombongan diketuai oleh Pengerusi dan Ketua Urusetia Penilaian Peperiksaan ITQSHHB, Haji Mohammad Shah bin Haji Abdul Momin.

    Rombongan turut disertai oleh Pengerusi Pelajar-pelajar ITQSHHB, Awang Muhammad Mugni bin Haji Mohd Salleh.

    Ketibaan rombongan lawatan berkenaan telah dialu-alukan oleh tenaga pengajar, kakitangan dan ahli-ahli KACA dengan rombongan diberikan taklimat khas mengenai sejarah penubuhan, pengurusan dan cara pengajaran di Pusat KACA yang disampaikan oleh Bendahari KACA, Haji Roslan bin Haji Md Hassan.

    Bagi memeriahkan lagi suasana semasa lawatan berkenaan, rombongan berkenaan telah mempersembahkan beberapa buah lagu tausyeh di samping membersihkan bilik-bilik darjah, ruang dapur dan membantu mengemas peralatan mengajar.

    ITQSHHB turut menghulurkan derma kewangan, barang permainan, alat pembelajaran serta keperluan harian yang disampaikan oleh Ustaz Hanafi bin Haji Zaini.

    Cawangan KACA di Daerah Temburong telah dibuka secara rasmi pada 27 Jun di mana ia terletak di Bangar, Temburong.

    KACA turut mempunyai cawangan-cawangan lain di Bandar Seri Begawan, Kuala Belait dan Tutong.

    Rombongan pelajar ITQSHHB bergambar ramai semasa lawatan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PERSATUAN KACA TEMBURONG
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda