Tuesday, January 14, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    30 pelarian maut, kelaparan di Gambella

    MOGADISHU, 21 SEPT – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Ethiopia (EHRC) berkata, sekurang-kurangnya 30 pelarian telah meninggal dunia akibat kelaparan dan malnutrisi di wilayah Gambella, Ethiopia dan menggesa supaya bantuan makanan berkhasiat yang mencukupi segera disambungkan kepada semua komuniti pelarian.

    Menurut EHRC, wilayah itu menerima hampir 400,000 pelarian pada akhir Ogos dan bantuan makanan telah dihentikan sejak Mei di sebahagian kem pelarian Gambella, manakala kem-kem lain juga tidak menerima bantuan makanan baharu sejak Jun tahun ini.

    Pelarian meninggal dunia akibat kelaparan dan malnutrisi selain diserang ketika mereka meninggalkan kem untuk mencari makanan, agensi Anadolu memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh EHRC kelmarin

    Suruhanjaya itu berkata, pemberhentian bantuan makanan telah menyumbang kepada kematian yang berkaitan dengan kelaparan dan mengancam untuk menggugat kestabilan pelarian yang sudah rapuh dan hubungan masyarakat yang menjadi tuan rumah. – Bernama

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda