Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JULAI – Seramai 30 pemenang bertuah membawa pulang baucar Gedung Perniagaan Hua Ho bernilai $500, hari ini, sempena promosi kad kredit Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dengan kerjasama pusat membeli-belah berkenaan.
Majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Pusat Membeli-Belah Onecity, Kampung Salambigar itu, disampaikan oleh Ketua Promosi dan Kempen, Awang Ahmad Firdaus bin Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Salim.
Turut menyampaikan hadiah kepada pemenang bertuah dalam promosi berkenaan, wakil dari Pusat Membeli-Belah Onecity, Lau Soon Lin.
