Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Seramai 30 orang pemenang menerima hadiah bagi Promosi BIBD Card Deals dalam majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di McDonald’s Jerudong Park, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BIBD, di sini, hari ini.
Kenyataan itu menyatakan bahawa para pemenang menerima hadiah-hadiah menarik termasuk telefon bimbit, gajet elektronik dan peralatan serta baucar makan bernilai $50.
Promosi tersebut berjalan selama tiga bulan bermula 16 November 2020 hingga 15 Februari 2021 yang dibukakan kepada semua pemegang kad debit dan kredit BIBD baharu atau sedia ada (World, Platinum, Gold dan Classic) di mana sepanjang tempoh promosi, seramai 10 orang pemenang bertuah dipilih bagi setiap bulan.
Promosi itu dihasratkan untuk memberikan ganjaran kepada pemegang kad BIBD untuk membuat pembelian di mana-mana cawangan McDonald’s dengan menggunakan kad debit dan kredit mereka.
