Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Seramai 30 orang pemenang telah dipilih dalam cabutan promosi Hari Raya Aidilfitri Berkat Raya Deals anjuran Mazda yang diadakan hari ini di bilik pameran Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif kenderaan Mazda di negara ini.
Hadir untuk melakukan cabutan bagi memilih para pemenang berkenaan wakil dari Mazda.
Promosi itu disertai kira-kira 144 orang pelanggan dari Daerah Brunei dan Muara, dan Belait yang membeli kenderaan Mazda dari awal Mac sehingga penghujung Mei lalu.
Hadiah utama promosi adalah pakej pelancongan untuk dua orang ke Tokyo, Jepun yang termasuk tiket penerbangan dan penginapan. Pemenang kedua dan ketiga pula masing-masing akan menerima pakej pelancongan ke Seoul, Korea dan Taipei, Taiwan.
Sementara itu, pemenang keempat hingga ke-30 akan membawa pulang pelbagai barangan elektronik menarik seperti Macbook Air M2, iPhone 15 Pro Max, Samsung Galaxy S24 Plus dan banyak lagi.
Para peserta yang terpilih menyertai cabutan akhir nanti akan dihubungi oleh wakil Grand Motors Sdn Bhd bagi menghadiri cabutan utama pada 21 Jun di bilik pameran Mazda, Beribi.