Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    30 pengawal diraja dipecat kerana guna dadah

    COPENHAGEN, DENMARK, 17 OGOS – Seramai 30 anggota unit pengawal diraja Norway yang berprestij akan dipecat kerana menggunakan dadah haram semasa bercuti, menurut kenyataan angkatan bersenjata Norway.

    Pihak tentera telah dimaklumkan mengenai penggunaan dadah haram dalam kalangan tentera semasa parti persendirian musim panas. Lima pada mulanya mengaku mengambil dadah tetapi 25 lagi akhirnya berterus terang pernah melakukan perkara yang sama.

    Kesemua 30 tentera itu adalah anggota unit tentera Raja Norwey, jelas penyiar NRK dan khabar VG.

    Pengawal diraja ditugaskan untuk melindungi keluarga diraja Norway. Anggotanya melakukan pertukaran pengawal di luar istana diraja di Oslo setiap hari, memakai pakaian seragam biru tua dengan topi bowler berbulu.

    Unit ini juga membuat persembahan untuk majlis-majlis khas, termasuk penganugerahan Hadiah Nobel Keamanan. – AP

    Pemain trumpet terdiri daripada unit Pengawal Diraja semasa penganugerahan Nobel Peace Prize di Dewan Bandar raya Oslo pada tahun 2009. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda