Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    30 peserta hadiri Program Induksi anjuran PPNBD

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 NOV – Seramai 30 orang peserta terdiri dari pesuruhjaya-pesuruhjaya dan penolong-penolong pesuruhjaya, termasuk 3 orang pemimpin dari Pandu Puteri telah menghadiri Program Induksi yang berlangsung di Bangunan Ibu Pejabat PPNBD, hari ini.

    Program Induksi merupakan tulang belakang bagi memastikan kelancaran pentadbiran, pelaksanaan program, dan kesinambungan hala tuju Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.

    Seiring dengan keperluan penyelarasan organisasi, pembaharuan struktur, dan peningkatan profesionalisme, suatu program induksi dirancang bagi memperkukuhkan pemahaman tugas, peranan, serta tanggung jawab setiap pesuruhjaya dan penolong pesuruhjaya.

    Antara matlamat bengkel adalah untuk menyelaraskan kefahaman, peranan, dan hala tuju pesuruhjaya dan penolong pesuruhjaya peserta supaya selaras dengan dasar, struktur, dan strategi PPNBD.

    Objektif bengkel adalah untuk memberi pendedahan mengenai struktur pentadbiran dan tadbir urus PPNBD selain menjelaskan TOR, bidang kuasa dan tanggungjawab pesuruhjaya serta penolong pesuruhjaya serta menyelaras kaedah komunikasi, pelaporan dan penyelarasan portfolio, di samping memperkenalkan hala tuju strategik dan perancangan program di pelbagai peringkat.

    Hadir pada program berkenaan, Ketua Pesuruhjaya, Skip Haji Junaidi bin Haji Hussin serta ahli PPNBD yang lain, dan bengkel berkenaan dipimpin oleh Skip Mohammad Arif bin Abdul Hadi.

    Gambar-gambar suasana sekitar Program Induksi bagi ahli Persekutuan Pengakap NBD dan Persatuan Pandu Puteri Bruni Darussalam. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PPNBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda