Khamis, November 20, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    30 sertai acara kayuhan santai semasa BKC

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV – Lebih 30 peserta kayuhan santai meriahkan suasana hujung minggu Bandarku Ceria (BKC) apabila peminat-peminat basikal lipat bersama beberapa jenis basikal lain turut serta dalam aktiviti riadah berkenaan.

    Kayuhan santai berkenaan bermula di Taman Rekreasi Jubli Perak, Kiulap, yang diketuai oleh Pengurus, Haji Abd Rahman bin Safar dan Ketua Marshal, Zainal bin Haji Jumat, dibantu oleh Zainal Abidin bin Sahari.

    Laluan kayuhan meliputi Jalan Kumbang Pasang menuju ke Bangunan Jabatan Perdana Menteri sebelum melalui Jalan Stadium, Jalan Pusat Dakwah, Jalan Utama Mentiri sehingga ke lampu isyarat Jalan Penghulu Menteri dan berpatah balik menuju kawasan Bandarku Ceria. Jarak keseluruhan kayuhan adalah kira-kira 33 kilometer.

    Seramai lebih kurang 30 peserta mengambil bahagian, termasuk para remaja, Ketua Kampong Mukim Serasa, golongan veteran, warga emas serta tiga peserta wanita.

    Acara kayuhan ini bukan sahaja bertujuan menjaga kesihatan malah turut mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan para peserta.

    Semua di atas: Antara sesi bergambar ramai semasa acara berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda