Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    30 sertai bengkel mengenai harta intelek

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil Pejabat Peguam Negara, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Kesihatan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN) dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menyertai Bengkel Penguatkuasaan Harta Intelek yang berlangsung di Bilik Latihan Kyoto, JKED, hari ini.

    Bengkel sehari itu dianjurkan oleh Pejabat Harta Intelek Brunei (BRUIPO) dengan kerjasama JKED untuk berkongsi maklumat antara berbagai-bagai agensi kerajaan, khusus, mengenai prosedur penguatkuasaan yang berkaitan dengan harta intelek.

    Pembukaan bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Peguam Negara, Yang Berhormat Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa yang juga pendaftar tanda-tanda perniagaan, paten dan rekabentuk perindustrian, selaku tetamu kehormat.

    Turut hadir semasa acara tersebut ialah Pemangku Pengawal JKED, Haji Muhsin bin Haji Ahmad.

    Para penyampai bengkel terdiri daripada pegawai-pegawai Pejabat Peguam Negara; Jabatan Siasatan Jenayah, PPDB; Pejabat Harta Intelek United Kingdom (UKIPO); National Trading Standard of United Kingdom; HM Revenue & Customs, United Kingdom; UK Private Investigators dan Hewlett-Packard Development Company (HP).

    Sesi bergambar ramai bersama para peserta yang menyertai Bengkel Penguatkuasaan Harta Intelek yang berlangsung di Bilik Latihan Kyoto, JKED. – Gambar serahan Pejabat Peguam Negara
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda