Sunday, November 3, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    30 sertai Musabaqah Tilawatil Quran

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JUN – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan (JBS) telah mengadakan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1444H/2023M Peringkat Separuh Akhir di Dewan Silaturahim, Pusat Belia.

    Seramai 15 orang peserta qari dan 15 peserta qariah memperdengarkan bacaan masing-masing pada peringkat separuh akhir tersebut yang mana 20 peserta bertanding pada sesi pagi dan 10 peserta bertanding pada sesi petang.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis menyaksikan musabaqah pada sesi pagi ialah Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly serta pegawai dan kakitangan JBS.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan peserta pertama memperdengarkan bacaan. Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan merupakan salah satu projek tahunan KKBS dikelolakan oleh JBS sejak tahun 1980an dan telah berjaya melahirkan banyak qari dan qariah belia yang berkaliber dan seterusnya mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Ia juga berperanan sebagai wadah kepada qari dan qariah belia di negara ini untuk melihat keupayaan dan prestasi masing-masing khususnya dalam bidang pembacaan Al-Quran secara berlagu atau taranum.

    Peserta musabaqah terdiri daripada belia-belia dari semua daerah berumur di antara 15 hingga 30 tahun terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap dan tidak pernah menjadi johan pertandingan-pertandingan seperti Majlis Tilawah Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa anjuran Malaysia atau Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara anjuran KKBS.

    ATAS & BAWAH: Antara peserta yang memperdengarkan bacaan pada musabaqah di Dewan Silaturahim, Pusat Belia baru-baru ini. – Gambar serahan JBS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda