Tuesday, January 21, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    30 tan daun khat berjaya dirampas

    RIYADH, 28 DIS – Arab Saudi hari ini berkata ia berjaya merampas hampir 30 tan daun khat pada bulan ini, sebagai sebahagian daripada tindakan keras memerangi dadah di negara itu.

    Khat merupakan sejenis daun yang dikunyah di dalam mulut, mengeluarkan kimia serupa amfetamina dan boleh menyebabkan khayal.

    Ia sangat terkenal di Yaman dan negara-negara di Afrika seperti Etiopia dan Somalia.

    Pihak berkuasa sempadan Arab Saudi merampas kira-kira 29.2 tan daun khat di bahagian selatan negara itu, berhampiran sempadan Yaman, dan di bahagian utara, berhampiran Jordan, menurut Agensi Berita Saudi (SPA).

    Penghantaran itu dirampas antara 3 hingga 24 Disember, menurut SPA.

    Lebih 360 orang penyeludup ditahan, kebanyakan mereka dari Yaman dan beberapa orang rakyat Etiopia dan Arab Saudi.

    Yaman, yang terlibat dalam perang saudara sejak 2014 dan salah sebuah negara Semenanjung Arab paling miskin, merupakan pengeluar dan pengguna utama daun khat, yang dilarang di beberapa buah negara namun menjadi sebahagian daripada amalan penduduk Yaman sejak ribuan tahun.

    Negara itu dahulunya terkenal de-ngan industri kopi, tetapi keuntungan daripada khat telah mengatasi perdagangan dan merebak di tanah-tanah pertanian lainnya termasuk Etiopia dan Kenya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda