SINGAPURA, 28 OGOS – Seramai 300 askar dari angkatan laut Singapura dan Indonesia mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan dua hala selama enam hari di Batam, Indonesia dan perairan sekitarnya.
Latihan ketenteraan antara dua negara berkenaan adalah paling lama diadakan dalam Angkatan Bersenjata Singapura edisi ke-27 bersama tentera asing, ‘Exercise Eagle Indopura’.
Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF), berkata pelayar dari kedua-dua angkatan laut itu menjalankan perancangan bersama seperti pertukaran profesional dan aktiviti sukan kategori pantai.
Katanya, kedua-dua angkatan laut melakukan beberapa siri di laut termasuk tembakan meriam, latihan pertahanan udara, komunikasi dan pergerakan.
“Kedua-dua angkatan laut juga melaksanakan proses tindak balas terhadap ancaman keselamatan maritim, memanfaatkan maklumat yang disediakan oleh pusat operasi masing-masing dan Pusat Gabungan Maklumat RSN untuk mengesan kapal simulasi,” katanya.
Latihan berkenaan kemudiannya diakhiri dengan aktiviti pelayaran membabitkan kapal-kapal yang mengambil bahagian.
RSN mengerahkan kapal frigat kelas Formidable RSS Intrepid, korvet peluru berpandu kelas Victory RSS Vigor dan Pesawat Peronda Maritim Fokker-50.
Sementara itu, tentera laut Indonesia menyertai frigat kelas Diponegoro KRI Sultan Iskandar Muda, helikopter AS565 Panther, kapal serang pantas kelas Sampari KRI Halasan dan pesawat peronda maritim CN-235.
Pegawai Pemerintah RSS Intrepid, Leftenan Kolonel Chua Sheng Hao, berkata latihan berkenaan adalah penting dalam meningkatkan profesionalisme dan persefahaman antara kedua-dua tentera laut.
Beliau berkata, Exercise Eagle Indopura berfungsi sebagai pentas berharga bagi kedua-dua tentera laut untuk meningkatkan kerjasama dan persefahaman bersama.
Mengulas lanjut mengenai latihan berkenaan, MINDEF berkata latihan berkenaan membolehkan pelayar dari kedua-dua angkatan laut untuk bekerjasama, belajar daripada satu sama lain, dan mengeratkan hubungan persahabatan dan perkongsian yang baik.
“Kedua-dua tentera laut melakukan pertukaran profesional, latihan dan panggilan pelabuhan secara tetap. Ia juga bekerjasama melalui Peronda Selat Melaka pelbagai hala, yang turut merangkumi Thailand dan Malaysia.
“Interaksi tetap berkenaan meningkatkan hubungan erat dan persefahaman antara anggota kedua-dua tentera laut. – agensi









