Wednesday, September 18, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    300 dipindahkan akibat ancaman gunung berapi

    MANILA, 11 SEPT – Ratusan orang penduduk meninggalkan rumah mereka di Filipina hari ini selepas sebuah gunung berapi mengeluarkan gas berbahaya, kata seorang pegawai, ketika pakar memberikan amaran mengenai potensi letusan.

    Kira-kira 300 penduduk kampung dalam lingkungan empat kilometer dari kawah gunung berapi Kanlaon di tengah negara itu telah dipindahkan kelmarin sebagai langkah berjaga-jaga, kata kerajaan tempatan Canlaon City yang berdekatan.

    Mereka yang dipindahkan telah berlindung sementara di sekolah-sekolah dan pusat komuniti yang jauh dari gunung berapi, kata pegawai maklumat bandar, Edna Lhou Masicampo kepada AFP hari ini.

    “Orang ramai dari kampung-kampung berhampiran kaki gunung berapi mengadu mengenai bau sulfur yang kuat,” kata Maicampo, sambil menambah kebanyakan penduduk adalah petani.

    Sesi persekolahan telah digantung dan beberapa tempat pelancongan di bandar yang mempunyai kira-kira 60,000 orang itu ditutup hari ini berikutan amaran gunung berapi.

    Purata harian pelepasan sulfur dioksida Kanlaon hampir tiga kali ganda kepada 9,985 tan kelmarin.

    “Ini adalah pelepasan tertinggi daripada gunung berapi yang direkodkan sejak pemantauan gas instrumental bermula,” kata Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina dalam satu kenyataan.

    “Aktiviti semasa mungkin membawa kepada ketidakstabilan letusan,” tambahnya, meletakkan penduduk di empat kampung itu berisiko daripada awan abu panas yang bergerak pantas, ‘projektil balistik, runtuhan batu’ dan bahaya lain. – AFP

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda