Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Negara Brunei Darussalam hari ini mencatatkan sifar jangkitan baharu COVID-19 dan mengekalkan jumlah keseluruhan kepada 187 orang dengan tiga kes masih aktif.
Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Kesihatan di sini hari ini, kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 dilaporkan pada 6 Mei 2020 iaitu 300 hari yang lalu dan jumlah kes import sejak kes jangkitan tempatan terakhir dilaporkan ialah 46 kes.
Jumlah orang yang sedang menjalani pengasingan diri mandatori pula ialah 589 orang dan jumlah mereka yang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020 ialah seramai 13,952 orang.
Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 712 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 103,455 ujian.
Bagi orang ramai yang ingin untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini, mereka boleh melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan, www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi, BruHealth.