Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MEI – Sebanyak 300 keping poster telah diserahkan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-64 dalam majlis yang berlangsung di Dewan Wira Seni, Bangunan Pancaragam ABDB, Bolkiah Garison, petang tadi.
Poster bertemakan Bersama Bersatu Mencapai Cita Negara itu diterbitkan oleh Unit Perhubungan Awam, Kementerian Pertahanan dan disampaikan oleh pengerusi tertinggi sambutan, Kapten Awang Khairil bin Haji Abdul Rahman dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), yang juga merangkap Timbalan Pemerintah TLDB, kepada wakil-wakil dari kementerian dan jabatan kerajaan, Kementerian Pertahanan serta unit-unit di bawah ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Timbalan Pegawai Turus Gerakan Agama, Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), Kapten Awang Muhd Nasyrul Wafiy bin Haji Mahdini, sebelum diteruskan dengan ucapan oleh Kapten Awang Khairil.
Majlis berkenaan menandakan permulaan rasmi kepada kemuncak Sambutan HUT ABDB ke-64 yang dijadualkan berlangsung pada 31 Mei di Pangkalan Muara, TLDB. Penyerahan poster ini bertujuan memperluaskan pemberigaan dan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai acara berkenaan.